Imam Malik dilahirkan
di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota
Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir
Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta
mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.
Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda
Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang
gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga
menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau
talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang
dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa
ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith
yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga
akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.
Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai
orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu
mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang
dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika
beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan
hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.
Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan
pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut
dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali
dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah.
Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.
Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya.
Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu,
dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya
hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”
Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan
semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan
ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan
pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat
mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku
mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang
dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar